Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,180
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

MIMI menikmati kemenangan yang pertama kalinya sejak Aqi pulang. Seronoknya masyaAllah! Umar meletakkan perhatian seratus peratus kepadanya. Waima sekali pun lelaki itu tidak bercakap pasal Aqi atau datang ke rumah wanita itu lagi. Kenapa? Mimi tak peduli. Yang penting lelaki itu miliknya seorang, dan dia akan memikat suaminya itu sebaik mungkin.

Namun, sejak Aqi dilabel sebagai ulat dan Umar tidak mempertahankan jandanya demi menjaga hati Mimi, Mimi baru menyedari Aqi memiliki dua bodyguard baru, yakni muda, lincah dan licik, serta taat dengan ibu mereka.

Perang mereka bermula bila gadis 14 tahun itu tiba-tiba datang ke rumahnya sebelum bergerak pergi ke sekolah. Dia dan Umar sama-sama ingat Ami datang nak menyalami ayahnya, namun anak perempuan Umar itu bertindak membaling belon berisi cat minyak ke badan Mimi.

"Ami!" Umar yang terkena tempias, lalu marah.

"Aku doa kau berak keras!!" jerit Ami, mengangkat kedua belah jari hantu pada Mimi sebelum melungsur pergi dengan kasut rodanya. Bukan itu sahaja, Ami turut menyembunyikan salah satu bagi setiap kasut yang dia miliki. Menggunting baju yang disidai. Mencuri plate keretanya hingga dia tak boleh memandu keluar tanpa risau kena saman. Serta membaling najis haiwan ke laman rumah. Sifat pembuli sekolah itu cukup nampak pada tingkah laku itu.

Umar cuba meminta tolong Emir untuk mengawal adiknya, tetapi si abang kembar itu pula dua kali lima, malah lebih bernas dan skala serangannya dua kali ganda kerosakannya.

Bahana serangan Ami, Mimi sukar keluar dan terpaksa duduk di rumah sahaja. Si abang kembar mengambil peluang itu dengan memecah masuk rumah itu semasa Umar tiada di rumah. Mimi yang tengah menonton TV lalu terbangun bila melihat anak tirinya. Emir memegang satu bekas plastik berisi lipas dan lipan, lalu dilepaskan depan emak tirinya hingga wanita itu terpekik ketakutan. Semasa Mimi kelam kabut cuba melarikan diri, Emir menggunting wayar TV, merosakkan plug internet, dan juga membaling belon berisi minyak hitam kereta emaknya ke tepat ke muka Mimi sebelum mengotori ruang tamu rumah itu.

Umar mahu memarahi tetapi lelaki itu langsung tidak boleh mendekati kembarnya bila mereka menyorok di belakang ibu mereka. Ketika inilah Mimi menyedari hubungan di antara Umar dan Aqi benar-benar dingin macam cold war diantara Rusia dan USA. Pergaduhan seteruk itu hendaklah berpunca dari sesuatu yang sama tahap dasyatnya sampai dua orang yang bersungguh nak membina keluarga harmoni itu tiba-tiba mengabaikan kepentingan mereka sendiri. Bila Mimi merisik, Umar tidak melayan rasa ingin tahunya hingga membuatkan Mimi semakin curiga. Cuma dia tak boleh nak berbuat apa-apa melainkan terus menjadi mangsa serangan Emir dan Ami.

Setelah Mimi menemui ular air di dalam bonet kereta, akhirnya Umar terpaksa mendapatkan bantuan skuad tambahan di vila. Junior dan Munirah ialah sekutu kembarnya, jadi dua remaja itu enggan membantu. Farid pula berubah arah daripada pihak neutral kepada menyokong Aqi, yang membuatkan Umar keliru bila masa Aqi sebarkan pengaruh jajahan sampai bakal Datuk itu pun menukar prinsip. Dan yang terakhir sekali adalah bantuan dari Maya, yang berbesar hati menyokong Mimi melindungi rumah tangganya.

Tetapi wanita lembut itu dikalahkan serta merta bila Ami menyamar sebagai pontianak dan menakutkannya di vila hingga wanita itu (serta beberapa orang orang gaji) hampir histeria.

"Berhenti!" marah Junior sambil menangkap Ami yang menyorok di belakang peti sejuk. Walaubagaimanapun, remaja itu mengilai nyaring hingga Maya menjerit ketakutan bahana emosi yang diganggu berterusan sejak seminggu lepas. Lekas Munirah memeluk ibunya.

Farid membuka lampu dapur sebelum mendekati muka putih, rambut panjang hitam dan berjubah putih kotor itu. Pandainya budak ini memainkan watak pontianak. Dia dah dengar cerita dari orang gajinya hampir seminggu. Selama seminggu juga budak nakal ini komited nak menakutkan isterinya? Hanya sebab menyokong Mimi?

"Mana abang kau?" soalnya.

Ami mengisyaratkan kepala ke tandas, membuatkan si ayah saudara terus bergerak ke sana. Dia berkira-kira nak memarahi kembar itu kerana mengganggu keluarganya pada malam hujung minggu. Tetapi bila dia membuka pintu tandas, Emir dilihatnya tergantung di siling dengan tali menjerut leher. Farid putus nafas. Jantungnya tersentap kuat.

Lalu si bapak saudara dihantar ke hospital pada malam itu kerana serangan jantung.

PASANGAN cerai itu bertembung di hospital bila dimaklumkan tentang keadaan Farid. Setelah Munirah dan Junior menjelaskan punca serangan jantung ayah mereka adalah dari kenakalan kembar itu, Umar dan Aqi sama-sama jatuh rahang. Bila dirisik pula keberadaan Maya yang tiada di hospital, dua beradik itu menjelaskan pula bahawa ibu mereka sedang berehat di vila kerana demam panas bahana dihantui pontianak seminggu serta terkejut apa yang berlaku pada suaminya. 

Ini betul-betul gila. Umar dan Aqi tidak pernah merasa marah seteruk ini selama mereka hidup. Malah pergaduhan mereka ditangguhkan seketika untuk memarahi kedua-dua anak mereka.

Setelah dipastikan keadaan Farid stabil, Umar, Mimi dan Aqi sama-sama bergerak ke vila di mana dua budak nakal itu ditahan di sana. 


EMIR dan Ami duduk di sofa bersama getar di hati. Emir masih dengan darah palsu di mulut manakala Ami masih dengan outfit pontianaknya. Aura yang bergabung dari ibu bapanya jauh lebih menakutkan dari kemarahan cikgu disiplin dan pengetua sekolah sekaligus.

"Kami tak buat macam ni kalau ayah tak marahkan ma..."

Umar automatik mengangkat buku lima, namun lekas juga buku lima itu diturunkan Aqi, meminta bekas suaminya jangan menggunakan pendekatan fizikal dalam isu ini.

"Jangan pegang laki aku, Aqi!" marah Mimi.

"SEKARANG BUKAN PASAL KAU, MIMI!!" Aqi menengking terus, membuatkan wanita itu mendecit terperanjat. Aqi meraup mukanya, cuba menenangkan taufan yang berpusar deras di dada, lalu mencangkung di depan kedua-dua anaknya. "Ma marah... ma sangat-sangat marah sekarang ni. Care to explain kenapa kau prank semua orang seteruk ini...?"

Kembar itu menelan liur. "Aunty Mimi panggil ma ulat..."

Kepala Umar terjatuh, manakala Aqi masih dengan muka serius. "I'm worse than ulat, believe me, you... tapi itu bukan alasan sampai kau rosakkan infra kat rumah ayah kau, aunty Maya kau demam lepas tu uncle Farid kau hampir hilang nyawa!!" Suaranya meletup di hujung kata. Kembar itu tertunduk dengan riak sesal manakala Aqi menelan nafasnya. "Jangan buat macam ni lagi... please? Kalau kau dengar aunty Mimi kau kutuk ma dengan apa-apa nama sekalipun... learn to ignore. Be a bigger person. Belajar bersabar."

"Dia kutuk ma.... Takkan nak bersabar..."

Haru. "It's just names..." luah Aqi. "Kau berdua tahu ma macammana. Those names tak reflect ma langsung. Jadi buang masa, rugi duit dan rosakkan keamanan hidup kalau kau melatah seteruk ni..."

Emir menghembus keluh. "Ayah pun tak defend ma..."

"He doesn't have to..."

"He has to. He's our father. Dia cakap dia nak jadi ayah Emir... apa guna jadi ayah kalau tak protect ma kami..."

Umar menelan liur yang terasa kelat. Aqi pula mengetatkan rahang.

"Nanti kat sekolah tanya dekat ustazah, keutamaan seorang lelaki ialah dekat isteri atau jandanya. Lepas tu cakap dekat ma jawapan ustazah."

Ami memuncung. "Macammana dengan keutamaan dekat anak-anaknya?"

Aqi merenung redup. "Kalau ayah kau abaikan kau, ma yang akan rotan dia dulu."

"Ma rotanlah sekarang! Sebab ayah block kami berminggu dah!"

Bulat mata Aqi dibuatnya. Umar turut terkejut. "Block kau?"

Emir mengangguk. "WhatsApp tak masuk. Call tak masuk..."

"Ayah tak block kau.... Tapi kau yang tak pernah WhatsApp ayah walau sekali," bidas lelaki itu pula.

Ami mencerun. "Ayah yang block kami! Lepas ayah buang ma, ayah buang anak-anak ayah pula! Mestilah kami marah!"

"Apa benda kau cakap ni...??" iPhone dikeluarkan, memeriksa setting. "Kenapa pula ayah nak block nombor anak-anak ayah sendiri—ehh?" Putih mata bila melihat nombor anak-anaknya di dalam senarai Block.

"Nombor mereka kena block ke tak?" soal Aqi tanpa menoleh pada si lelaki.

"I may need explanation..." balas lelaki itu, lalu menoleh pada Mimi yang berpura-pura melihat ke tempat lain. Nafas dihembus pendek, membetulkan setting iPhone sebelum merapati anak-anaknya. Bila dia mencangkung di sebelah Aqi, wanita itu terus bangun dan menjauh tiga langkah. 

Emir dan Ami bertambah sedih bila melihat dua manusia kesayangan mereka dah bertukar menjadi magnet sama kutub. Saling bertolakan bila dekat. Dan lebih pedih lagi kedua-duanya seakan tidak peduli perasaan mereka. 

"Ayah minta maaf bagi pihak isteri ayah... ayah minta maaf juga sebab lukakan hati kau berdua. Tapi jangan lepaskan marah kau dekat orang lain.... Kau boleh lukakan ayah, kalau kau nak. Ayah boleh terima..."

Kata-kata itu kedengaran kosong tanpa makna. Emir dan Ami sama-sama mendiam tanda enggan peduli, malah sama-sama enggan melihat ayah mereka. 

Umar mengeluh lagi. Cutter di atas meja dicapai. Dikerat telapak tangannya hingga darah menitik. Mimi terkedu. Aqi merenung dengan kerut manakala Emir dan Ami tersentap melihat tingkah ayah mereka. Lelaki dewasa itu menggenggam tangan anak-anaknya dengan tangan yang berdarah itu sambil merenung dua pasang mata hazel yang diwarisi darinya.

"Ayah janji dengan sepenuh hati ayah, dengan darah ayah yang menitik, yang ayah akan jagakan ma kau, samada dekat ataupun jauh, asalkan situasi membenarkan. Okay?" ujarnya, tegas dalam kelembutan. "Kadang benda berlaku di luar kawalan ayah, tapi selagi mampu, ayah akan berpegang dengan kata-kata ayah. You're my kids. My pride... my joy... my tears.... Ayah takkan tinggalkan kau... I promise... but I also need you to understand that keutamaan ayah ialah dekat mami kau, bukan ma kau. I love them both but, my priority is different. Kalau kau berdua boleh faham itu... hidup kita akan jadi jauh lebih mudah...."

Kembar itu benar-benar terkaku kali ini. Tindakan ayah mereka berjaya menyentuh ke dasar hati. "Tapi kenapa bergaduh sampai ayah langsung tak datang rumah dah... kami rindu ayah..." luah mereka, membuat Umar dan Aqi sama-sama terpaku.

Mimi pula sakit telinga mendengar kata-kata itu. "Kau suruhlah mak kau cari husband sendiri, budak bodoh! Biar lelaki lain yang jagakan korang berbanding laki aku!" 

"Aku masih marah ni, bahlul! Jangan sampai aku yang letupkan dapur rumah kau!!" Aqi menyalak terus. Benar-benar meletup kali ini.

"Betullah cadangan aku! Semua masalah kita selesai kalau kau move on terus dan kahwin baru! Tapi kau sengaja taknak cari ganti sebab kau selesa jadi single sebab boleh bukak ruang untuk laki aku jadikan kau sebagai bini dia!" 

Hati Umar terdetik. Air muka Aqi pula semakin tegang. Dirasakan pertuduhan itu kosong tanpa asas, tetapi tetap menyentap urat jantung mereka. Lagi-lagi apa yang berlaku baru-baru ini membuktikan dimana hati mereka berada walaupun cuba dinafi sekerasnya. Walhal mereka sama-sama lupa yang Mimi juga manusia dengan hati dan perasaan kerana itulah taktik Mimi semasa menunggu Umar yang gigih menunggu Aqi pulang ke rumah sampai 10 tahun lamanya. 

Wanita itu pula masih tak habis menyerang. "Satu lagi yang aku tak puas hati! Apa benda yang kau dah buat kat laki aku sampai kau dengan Umar sama-sama cuba nak lari dari masing-masing??"

Aqi menjungkitkan hidung. "Aku baik dengan dia kau tak suka, aku menjauh dari dia pun kau tak suka. Apa kau nak sebenarnya??"

"Aku memang suka kau jauh dari dia. Yang aku tak suka ialah kau berdua rahsiakan sesuatu sampai masing-masing alergi macamlah dah buat salah teruk! Apa kau dah buat?! Kau cium laki aku ke apa??" tuduhnya lagi. Dia tiada bukti tetapi memandangkan Aqi prideful, boleh jadi sesuatu dah melanggar maruah wanita ini sampai dia melarikan diri sampai bersungguh sangat.

Umar menjeling lagi. Ami dan Emir berpandangan manakala Aqi pula menjilat gigi, kini menyedari Mimi walaupun kepala bertaik tapi masih ada sisi bijaknya. Malah naluri Mimi sebagai seorang isteri juga tulen keasliannya. Cuma takkan dibiarkan Mimi menguasai sesi pertelingkahan itu. 

"Buang masa aku nak cium laki kau. Berbanding aku, yang suka cium lelaki ajnabi ialah kau sampai lahirkan anak luar nikah masa Form 5." Nah, Aqi jatuhkan bom atom terus. Muka wanita itu bertukar merah padam. "Aku dengar kau goda Umar sedangkan iddah masih tak habis? Aku masih pelik macammana kau boleh diceraikan cepat sangat. Kau angkut lelaki lain naik katil ye?"

Darah menyirap terus. "Kau jangan ingat kau bagus sangat!!" Dia mendekat. Namun terkedu bila Aqi bertindak mencekak kolar bajunya malah terus menariknya hingga rapat. Wujud sedikit gerun di hatinya, lagi-lagi bila direnung mata hitam yang galak itu. Sekilas, memori zaman sekolah menyapa fikiran.

"Aku masih tak balas dendam kau pukul muka kedua-dua anak aku... and now kau cuba nak jauhkan anak-anak aku dari ayah mereka? Kau betul-betul dah buat musuh dengan aku, Mimi..." deram Aqi pula, berjaya mengalihkan sepenuhnya isu pergaduhan dari kesalahan dia dan Umar kepada kesalahan Mimi. 

Mimi yang termakan umpan kini menahan marah yang menggila di dada. Sampai berasap kepalanya! Bila dia nak menampar, Aqi menepis mudah. Kemudian Aqi pula mengangkat tangannya.

"Jangan pukul bini aku, Aqi," tegur Umar lekas.

Tangan Aqi terhenti di tengah udara.

"Mimi, awak pun sama," tegur Umar lagi bila Mimi pula yang nak menyerang.

"Tapi Aqi yang start!"

"Abang yang akan habiskan kalau awak masih nak panjangkan!" tambahnya, kini dengan nada yang lebih tegas dari tadi. Lalu si bini itu mendengus.

Kembar itu memerhati mood tiga orang dewasa itu dengan mata tak berkelip. Tahap panas dan bahang sampai mereka pun berpeluh. Ayah mereka pula masih dengan senyum pada mereka, walaupun masih awas dengan tingkah laku dua wanita yang memeningkan hidupnya di belakangnya.

"Ayah..."

"Em?"

"Ayah tak boleh berbaik dengan ma, ke?"

"Mestilah kami boleh berbaik!"

"Jadi apa masalahnya... kenapa gaduh sampai sekarang?"

"Kami okay je la." Dengan senyum manis dia membalas.

Namun Emir dan Ami masih terlalu muda untuk membaca senyuman manis yang membalut penipuan itu. Ataupun kata-kata seorang dewasa yang jarang berisi kebenaran. Kerana selepas malam itu, walaupun telah diberi janji berdarah, atau dipujuk atau dimarah, ibu bapanya tetap tidak berbaik, malah langsung tidak bertemu hingga berbulan lamanya. Walaupun Umar kerap mengajak keluar, ataupun Aqi kerap menghalau mereka keluar untuk menghabiskan masa dengan si bapak, tapi dua manusia degil itu tetap tidak menunaikan kehendak sebenar anak-anak mereka supaya berbaik! 

Ami dan Emir cuba bersabar seperti yang diajar ibu mereka, tetapi limit sabar bagi remaja 14 tahun itu jauh lebih pendek dari  tempoh azan dengan iqamat. Kerana bila Munirah mengajak shopping baju raya atau Junior dah mula jamming lagu raya, Ami dan Emir merasa marah itu lagi. Mangsa lain dicari untuk melepaskan kekecewaan mereka, iaitu kawan-kawan dan cikgu-cikgu di sekolah. Umar dan Aqi kini kerap dipanggil ke sekolah atas kesalahan disiplin kembar itu, tetapi dengan isu baru yang timbul ini sekalipun, pasangan cerai itu masih enggan melihat muka atau menentang mata masing-masing. 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena